Tuesday, March 4, 2014

Rahsia Terbongkar !


Assalamualaikum..

Pernah tak korang feeling mcm model tapi kualiti gambar tak berapa nak menarik ? Aku selalu .

Rasa macam dah bajet modelling dengan kasut heels 15 inci kau tiba-tiba kualiti gambar tidak begitu memberangsangkan. Mesti sampai terfikir aku yang tak berbakat ke macam mana ? Jangan risau. Semua orang berbakat ! tapi biar kena caranya. ngeh ngehh~

Sampai la satu hari aku terperasan facebook senior aku ni. Sangat best dan cantik dia punya editing. Effect gambar apa semua memang tip top. Lalu aku pun inbox beliau bertanyakan 'resepi' gambar cantik beliau itu. Lantas ! rahsia itu terbongkar. Rupanya dia edit menggunakan software Adobe Photoshop Lightroom . Kami pun set satu hari untuk berjumpa untuk aku mengetahui lebih lanjut. Lebih kurang apa semua aku belajar la asasnya macam mana nak import gambar, export gambar dan sebagainya.





Dua gambar ni antara contoh gambar dari senior aku tu. 
Pic credit to : facebook Mohd Zaini Zainudin

Sejujurnya, mula-mula belajar serius memang susah. Banyak sangat Tools dia. Tapi tak tahu la macam mana boleh gigih sangat sampai lama-lama aku boleh faham dah kegunaan tools semua macam mana




BEFORE : Ok ni antara gambar pertama yang aku cuba nak belajar edit.kawasan sekitar padang besar UPSI diambil menggunakan kamera Sony Ericson Mini kualiti kamera 5 Megapixel



AFTER : Well, jangan la kau membandingkan hasilnya dengan hasil senior aku itu. Time ni masih newbie. Sangat jauh berbeza.

Walaupun agak teruk hasilnya sekurangnya aku mencuba. Nama pun proses belajar.Tapi tak tahu kenapa hari-hari aku tak putus asa mencuba untuk belajar lagi. Dekat situ baru aku perasan minat aku dalam bidang editing gambar ni.Serius ia satu KEPUASAN bila kau dapat buat yang terbaik. Walaupun tak ada siapa pun yang peduli dengan kepuasan kau itu.. agagaga~

Ok la..untuk ketahui lebih asas tentang Adobe Photorhop LR ni tunggu entri seterusnya la..

Thanks for the reading ! ^_^

 p/s : senior aku dah jadi wedding photographer dah sekarang..do visit his page MOZA ART yah!



3 comments: